Sijil Lean Six Sigma merupakan metodologi penambahbaikan berterusan yang digunakan untuk menghilangkan sisa dan mengurangkan variasi yang terdapat dalam sesuatu proses yang melibatkan penghasilan produk mahupun servis. Hal ini merupakan satu penanda aras kepada perniagaan diluar sana untuk mengambil peduli akan setiap masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi, agar dapat diatasi dengan penstrukturan dan penambahbaikan berterusan. Selain itu, Lean Six Sigma merupakan proses penyeragaman yang didefinasikan sebagai kemampuan organisasi untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan secara konsisten dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Seawal penglibatan Lean Six Sigma dalam industri pembuatan telah menyaksikan penerapan metodologi Lean Six Sigma secara meluas oleh industri yang berorientasikan perkhidmatan. Beberapa syarikat mega yang terkenal seperti General Electric, Samsung, Philips, Honda, HSBC Holdings turut menggunakan metodologi Lean Six Sigma dalam memajukan perniagaan mereka. Namun yang demikian, pasaran pada ketika ini menjadi sangat kompetitif kerana perniagaan berusaha untuk bertahan sejak bermulanya wabak Covid 19 di Malayisa. Banyak organisasi terpaksa menjalankan perniagaan mereka secara dalam talian dan menanggung jumlah kerugian yang besar. Dalam keadaan yang agak mencabar, keperluan untuk mengurangkan kos operasi sambil memaksimumkan sumber manusia telah menjadi keutamaan untuk sesebuah organisasi, dan disinilah pengetahuan dan aplikasi Lean Six Sigma sangat berguna. Lean Six Sigma membantu organisasi untuk berinovasi dan memastikan perniagaan dapat dijalankan dengan mod digital sambil mengurangkan kos operasi syarikat. Oleh itu, individu dengan kecekapan Lean Six Sigma sangat dicari dalam pasaran kerja pada ketika ini. Ketika tempoh kawalan pergerakan atau kuncitara dilaksanakan di Malaysia, anda boleh mengambil peluang untuk memperoleh pengetahuan Lean Six Sigma Green Belt untuk meningkatkan prospek kerjaya yang lebih baik. Terdapat banyak faedah yang boleh anda perolehi dengan mendapatkan Lean Six Sigma Green Belt.
Pembangunan Corak Pemikiran Secara Analitik
Metodologi Lean Six Sigma menggalakkan analisis dan pembuatan keputusan berdasarkan data. Di tempat kerja, anda dikehendaki untuk membuat keputusan berdasarkan fakta dan angka dan kebolehan untuk memberikan justifikasi terhadap tindakan dan keputusan yang diambil. Ini merupakan kecekapan sangat penting yang akan meningkatkan pertumbuhan kerjaya seseorang dan memberi peluang yang baik sekiranya anda inginkan jawatan pengurus di sesebuah organisasi. Sebelum anda membuat kesimpulan mengenai cara penyelesaian dalam menghadapi masalah, anda terlebih dahulu harus menggunakan ‘Root Cause Analysis tools’ untuk mengenal pasti punca utama masalah yang dihadapi di organisasi. Hal ini dapat menghasilkan pola pemikiran secara analitik yang sangat penting dalam menangani masalah di tempat kerja yang rumit dan memerlukan cara penyelesaian yang cepat.
Mengasah Kemahiran Penyelesaian Masalah
Metodologi Lean Six Sigma dapat meningkatkan kemahiran seseorang dalam menyelesaikan masalah. Setelah punca utama masalah dapat dikenal pasti, penyelesaian yang berpotensi untuk menangani punca masalah akan disusun secara struktur dan disenarai pendek untuk digunakan. Oleh yang demikian, pengetahuan mengenai Lean Six Sigma Green Belt dapat membantu untuk mendorong anda melepasi had kemampuan diri dalam menyelesaikan masalah dengan mencari cara yang lebih baik untuk mencipta lebih banyak nilai tambah kepada pelanggan melalui proses penambahbaikan berterusan. Apabila anda telah mempunyai sijil Lean Six Sigma, anda dilengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan untuk mengesan sebarang kecacatan di dalam proses ataupun produk yang dikeluarkan. Oleh itu, anda akan dapat menggunakan pendekatan Lean Six Sigma yang pelbagai untuk menyelesaikan masalah di masa hadapan.
Meningkatkan Peranan Kepimpinan
Sijil Lean Six Sigma sangat berguna untuk pembuat keputusan atau mana-mana anggota pengurusan atasan di sebuah organisasi, kerana keputusan utama dibuat berdasarkan visi dan misi syarikat. Memperolehi pengetahuan Lean Six Sigma khususnya Green Belt bukan hanya mengenai alat dan kaedah untuk penyelesaian masalah. Namun yang demikian, ini merupakan kaedah yang diguna pakai untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah semasa mengurus berubahan dan meyampaikan projek berskala sederhana hingga tinggi dengan pinjimatan yang optimum. Ingin diingatkan bahawa pengetahuan Lean Six Sigma adalah kemahiran yang harus dipraktikkan secara berterusan agar anda dapat belajar dan memahami kaedah-kaedah Lean Six Sigma untuk penambaikan berterusan. Oleh yang demikian, sekiranya anda adalah ketua di organisasi, pengetahuan Lean Six Sigma khususnya ‘Green Belt’ akan membantu anda dalam memahami perubahan penting didalam pengurusan sambal membantu anda mencapai kemampuan kepimpinan secara optimum, ketika mengemudi pasukan. Sebagai pemimpin, anda haruslah teliti dan berhati-hati untuk membolehkan anda mengukur kemampuan proses dalam perniagaan.
Membantu Dalam Peralihan Kerjaya
Sijil Lean Six Sigma Green Belt berfungsi sebagai bukti anda mempunyai kebolehan dalam mencapai kecekapan dan kecemerlangan operasi. Pengetahuan Lean Six Sigma mungkin berbeza dari pengetahuan dan ilmu lain yang sudah anda perolehi ketika di universiti. Sejurus anda memperoleh sijil dan menguasai ilmu Lean Six Sigma Green Belt, anda berupaya untuk mengenal pasti sama ada terdapat kekurangan dalam proses penghasilan produk mahupun servis di dalam perniagaan. Dengan pengetahuan yang anda miliki, pensijilan Lean Six Sigma dapat membantu dalam kemajuan kerjaya anda, tanpa mengira industri untuk meningkatkan lagi kemampuan anda untuk membincangkan subjek dan menyelesaikan masalah yang kompleks dengan berkesan.
LSS Academy Sdn Bhd menyediakan pelbagai peringkat latihan Lean Six Sigma seperti Yellow Belt, Green Belt, Black Belt dan Master Black Belt. Perunding dan pelatih kami mempunyai pengiktirafan Lean Six Sigma selama beberapa tahun kepada pelanggan daripada industri yang berbeza. Untuk makluman anda, LSS Academy Sdn. Bhd. merupakan organisasi penyedia latihan yang berakreditasi oleh IASCC dan Council for Six Sigma Certification. Kami menawarkan harga terbaik untuk latihan dan pensijilan Lean Six Sigma di Malaysia dengan pelatih yang berpengalaman. Peserta kami akan diberikan bahan-bahan latihan secara percuma. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan latihan dan pensijilan Lean Six Sigma, kunjungi lawan web kami di https://lss-academy.com/ dan hubungi kami di +603 7873 8485. Wakil kami bersedia untuk menjawab pertanyaan anda mengenai latihan yang kami sediakan.
1 Comment